Jalan Cerita Engine_Sentai_Go-onger

Dunia Mesin (Machine World) ialah salah satu daripada 11 dunia selari (Braneworld) dan dunia manusia (Human World) terdiri daripada salah satu darinya. Machine Worls merupakan sebuah dunia di mana hidupan di situ merupakan kenderaan bersaiz gergasi yang digelar Engines. Mereka menetang Gaiark yang cuba mencemarkan dunia mereka. Apabila Gaiark tewas, Tiga Menteri Pencemaran Gaiark telah melarikan diri ke dunia manusia. Menyedari dunia manusia mudah untuk dicemari, enam Engines berjaya mengejar mereka dan memilih lima sahabat perjuangan mereka, Go-Ongers. Kumpulan itu kemudiannya bekerjasama dengan Go-on Wings dan Engines mereka serta Engines Purba (Ancient Engines). Misi mereka adalah untuk memusnahkan Gaiark bukan sahaja di dunia manusia, malahan juga di 11 dunia selari yang lain.